Monday, May 22, 2017

KEBERGANTUNGAN

Aku ni jenis kalau dah sayang,aku akan sayang sangat sangat. End up aku akan kecewa sebab orang yang aku sayang,tak macam aku. Aku nak seseorang yg macam aku. Yang tahu menghargai,yang sweet macam aku. Lantak la korang cakap aku ni masuk bakul ke apa tapi lately aku dapat pengajaran,jangan sayang orang lebih lebih sangat. Tapi siapa yg kenal aku,akan tau aku orang yg mcm mana. Berkali kali aku terluka,aku masih mampu untuk ubat hati aku,rawat sendiri dan akan tetap sayangkan seseorang tu macam takde apa yang berlaku. Itulah aku. Walaupun aku sakit. Aku sayangkan seseorang tu,aku dah cukup happy walaupun selayaknya aku ni dihargai lebih lagi. Entahlah. Aku tak sabar nak tunggu tua,mati dan akhiri semua ini. Takde yg kekal di dunia. Cintailah Allah lebih dari cintakan manusia. Kita takkan kecewa. Tu je aku nak cakap. Aku sayangkan Joe. Joe suami aku. Baik buruk dia,tetap suami aku. Ada masanya masa kitorang pergi race,dia akan curi curi pgg tangan aku,cuit pipi aku. Ke aku ni yg tak reti besyukur? Joe sweet je dengan aku tapi aku ni je yang mengada nak lebih. Hmm. Sorry. Salah aku sebenarnya. 


Seseorang pernah pesan pada aku. Makin dewasa ni,kau kena guna cara "orang tak pedulikan kita so pergi mampus dia,jangan tanya tanya apa,dia nak kita,dia datang,dia tak nak,pergi mampus".

Aku rasa teori ni agak betul sebenarnya. Walaupun pahit. Huhu.


No comments: